SEMBUHKAN HATI KITA..
Hati
yang tidak dididik & diasuh dengan cermat akan mudah luntur & cair
dengan pujuk rayu nafsu & syaitan.. Hati yang lemah iman akan senang &
amat mudah untuk dipengaruhi.. Hati yang lalai akan sentiasa berada dalam
keadaan alpa andai tiada bimbingan tarbiyah & tazkirah.. Hati yang penuh
dengan calitan hitam tidak akan sedar dosa yang dilakukannya.. Baginya, dosa
yang dilakukannya itu adalah perkara biasa..
Hati perlu disiram dengan akhlak yang
murni seperti rendah diri agar tidak timbul perasaan riak & bangga diri
& menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan
tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati..
Firman Allah yang bermaksud : “Orang
mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…..”
(Surah Al-Anfal : 2)..
Hati memerlukan sifat malu.. Malu
untuk melakukan maksiat & kejahatan padaNya.. Kita pasti akan rasa malu
untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milikNya.. Takkan kita nak
buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjamanNya ini… Tak malukah kita???
Rasulullah bersabda : “…..Ingatlah,
bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging.. Jika ia baik, baiklah jasad
seluruhnya.. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya.. Ketahuilah bahawa
segumpal daging itu adalah hati..” (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)..
Hati yang baik ialah hati yang
sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaranNya, mentaati segala perintahNya &
menjauhi serta menghindari laranganNya.. Hati yang baik sentiasa bersih
daripada sifat mazmumah seperti dendam,
benci, riak & takbur serta bangga diri..
Hati yang rosak ialah hati yang telah
dipengaruhi & dikuasai sepenuhnya oleh nafsu &syahwat yang jahat hingga
tidak diendahkan lagi halal haram.. Hati yang rosak sudah dianggap mati
hayatnya untuk berhubung & bertasbih padaNya..
Jangan cederakan hati dengan luka-luka
dosa & noda.. jangan parahkan ia dengan kesakitan & kesengsaraan jiwa..
jangan rosakkan ia dengan perbuatan maksiat & kejahatan.. Mujahadahlah!!!
Kerana selagi denyut nafas masih bernadi, syaitan & nafsu akan sentiasa
menjadi musuh utama kita yang tersembunyi.. Mujahadah memang payah & pahit
kerana Syurga sememangnya indah & manis..
No comments:
Post a Comment