Thursday, 21 March 2013

lagi, lagi & lagi



Assalamualaikum. ^^,

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

alhamdulillah atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.

“dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya”, 14 : 34

* * * * *
“seriusnya awak cakap pasal kahwin.”

“mesti la. saya rasa, siapa yang main-main dalam soal kahwin macam tak betul je.”

^ ^ ^ ^ ^
(ehem, mesti rasa saya nak cakap pasal kahwin, kan?) :P

sekadar satu perkongsian.

saya terfikir,

jika hari ini, bacaan al-Quran kita masih di tahap yang lemah, bagaimana kita mahu mengajarkannya kepada anak-anak kita suatu hari nanti?

jika hari ini, kita tidak melazimi untuk mebaca al-Quran  setiap hari, bagaimana pula keadaannya setelah kita berkeluarga nanti yang pastinya menuntut lebih komitmen daripada kita? apatah lagi kita yang berstatus penghafaz al-Quran?

mahukah kita, rumah kita sunyi dari bacaan al-Quran penghuni-penghuninya?

mahukah kita, anak-anak kita masih lagi merangkak-rangkak semasa membaca al-Quran meskipun sudah berusia 20 tahun?

ini peranan kita,
wahai bakal ibu cerdik yang solehah sekalian!

saya sejujurnya,
sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan,
Anuar bin Razali sebagai abah saya,
Aminah binti Abdul Manan sebagai mama saya,
kerana merekalah insan yang pertama mengenalkan saya,
dengan huruf-huruf al-Quran dan hukum-hukum tajwidnya,
meski mereka tidak bergelar ustaz dan ustazah!

dan segalanya bermula dengan diri kita,
hari ini.

dan saya rasa ini komponen penting,
buat kita yang bakal bergelar,
ibu cerdik yang solehah. ^^,
-in-sha-Allah-

sekian,
sayonara.

No comments:

Post a Comment