Tuesday 14 August 2012

tazkirah Ramadhan

bismillah. ^^,

assalamualaikum.

salam ramadhan buat sahabat2 yang dirindui selalu.

alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur untuk sama2 menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

kewajipan berpuasa telah dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 183…

“ wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

‘orang2 yang beriman’… sejauh mana kita beriman?

Allah berfirman dalam surah al-Anfal, ayat 2…

“sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat2 Allah kepada mereka bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal”.

Allah…

bergetarkah hati kita2 saat menyebut nama Allah?

bagaimana hati2 kita saat membaca atau mendengar ayat2 Allah?

ayuh sahabat2 !!!

jangan lepaskan peluang untuk kita sama2 koreksi diri. bilamana syaitan2 sudah ‘bercuti’ seketika, yang tinggal hanya hawa nafsu dalam diri, menjadikan bulan Ramadhan adalah bulan yang paling tepat untuk kita bermuhasabah. adakah selama ini diri kita sememangnya mudah tergoda dengan hasutan syaitan atau ia sememangnya merupakan hawa nafsu yang ada dalam diri kita? let’s check it out !!!

diceritakan, ketika Rasulullah S.A.W. menaiki tangga minbar, baginda menyebut ‘amin’ di setiap anak tangga, sebanyak tiga anak tangga. baginda ditanya mengenai hal itu lalu baginda menceritakan, ketika itu malaikat Jibril berdoa, lalu baginda mengaminkan doa tersebut. antara doa yang disebut oleh malaikat Jibril ialah, celakalah bagi orang yang melepasi bulan Ramadahan tanpa mendapat pengampunan. Allah… moga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

... [tukar topik]...

terbaca dalam majalah al-Ustaz tempoh hari.

“ala, kalau aku tutup aurat, tak ikhlas buat apa…”

seorang ustaz memberikan pendapatnya [maaf, tak ingat nama]

kalau kita tak tutup aurat, kita berdosa.

kalau kita tutup aurat walaupun kurang ikhlas, kita dah tak berdosa sebab tak tutup aurat.

kalau dalam soal aurat kita boleh kata tak nak tutup sebab tak ikhlas…

wajarkah kita tak nak solat sebab tak ikhlas? sedangkan kita tahu orang yang meninggalkan solat itu adalah orang yang meruntuhkan agama. sedangkan kita tahu beza orang Islam dan orang kafir ialah solat.

wajarkah kita berkata pada malaikat maut, nanti2 la ambil nyawa kita, tak ikhlas lagi nak mati? sedangkan kita tahu, Allah takkan awalkan atau lewatkan ajal seseorang itu walaupun sesaat jika sudah tiba masanya?

kalau kita betul2 menghayati bahawa kematian itu pasti…

kalau kita betul2 menghayati bahawa kematian itu bila2 akan terjadi tanpa kita ketahui…

apa yang kita tunggu lagi? mengapa kita tidak berlumba2 berbuat kebaikan dan memohon ampunan daripada Allah sepertimana yang Allah sebutkan dalam al-Quran? mengapa? mengapa? mengapa? adakah kita juga termasuk dalam golongan yang cintakan dunia namun takut dengan kematian? nauzubillah…

bukan soal aurat sahaja yang perlu kita perlu titikberatkan, bahkan setiap aspek dalam kehidupan kita perlu kita pastikan semuanya mengikut syariat Islam supaya kita benar2 mendapat redha Allah. jika kita benar2 pendamba mardhatillah dan pencari redha Allah, adakah jalan selain jalan Allah dalam menggapainya? fikir2kan…

tidak malukah kita, memohon itu dan ini dari Allah sedangkan lebih dosa dari taat yang kita hadiahkan buat-Nya?

tidak malukah kita, memohon itu dan ini dari Allah, sedangkan hak2 Allah tidak kita tunaikan?

tidak malukah kita, tidak pernah bersyukur dengan setiap senyuman yang terukir kerana mendapat nikmat Allah, namun sering menyalahkan Allah dengan setiap tangisan yang mengalir?

jangan, jangan, jangan…

jangan sampai kita menjadi golongan yang dilupakan Allah kerana kita melupakan Allah…

benar, tidak mudah untuk mendidik diri. apatah lagi dengan nafsu yang sudah terbiasa dengan segala kesenangan dan keseronokan. namun ingatlah, Allah tidak akan sia2kan usaha kita untuk mendapatkan redha-Nya, sekiranya kita benar2 bermujahadah di jalan-Nya.

ya Allah…
jadikan kami dari golongan orang yang bertaubat, jadikan kami dari golongan orang2 yang ikhlas melakukan ketaatan kepada-Mu, jadikan kami dari golongon hamba2-Mu yang soleh…

sekian tazkirah Ramadhan pada kali ini. maafkan saya andai terkasar bahasa, mengguris rasa. hanya sekadar peringatan buat diri terutamanya dan sahabat2 sekalian. moga Allah redha.

kerana sayang pada kalian, aku menukilkan ini…

 alhamdulillah. ^^,

No comments:

Post a Comment