Saturday 7 January 2012

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya

#5th January 2012 @ 21:37*dhahiyatul arab#

Thursday 5 January 2012

Tudung Labuh | Tudung singkat | Free hair#

# Awak kenape pakai tudung ? besar+labuh lak tue..

>  err.. Awak.. Allah suruh kite buat cenggitu.. *Surah An-Nur,31 :-
".. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya .."

# Ish.. awak tak panas ker pakai camtuh ?

> :) sape cakap tak panas ? tapi, alah bise tegal biase, kan ? :)
awak tau tak nun jauh di perhentian sane lagi panas ?
salji diganti dengan bebola api.. :)

Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata:
"Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari 70 bahagian dari api neraka,
dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya
kamu tidak dapat mempergunakannya."

# saye taknak hipokrit lah.. nanti orang cakap "bajet alim-warak."

> awak.. awak tahu tak kite pernah janji kat Allah waktu kite dalam
'belon air ' (kandungan) ?

قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْياَيَ وَمَمَاتِيْ للهِ رَبِّ العَالَمِيْن
Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.
Al-An’am : 161

pastu sedar tak, kite ulang janji-janji tu tiap-tiap hari ?

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Kepadamu aku mengabdi dan kepadaMu aku mohon pertolongan.
Al-Fatihah : 5

ish awak.. tiap-tiap hari kite duk janji dengan Allah..
tapi kite buat tak eh ?
agak-agak la kan, kite nie hipokrit tak dengan Allah ?
HA... :) same-samelah kite pilih ye.. nak hipokrit ngan manusia atau Allah ?

اهلا وسهلا 2012

“Semakin hari semakin pantas masa berlalu. Semakin bertambah umurku. Semakin hari semakin dekat langkah ku menuju ketetapan itu, kematian. I am full-time muslim, there's no such thing as a part-time muslim. Bismillah ar-rahman ar-rahim 2012”


“Dengan bermulanya tahun baru 2012 ini, marilah sama-sama kita doakan semoga najah dalam imtihan dunia mahu pun akhirat, amin.”


“Andai hati kosong tak berisi apa-apa, apalah erti hidup bertahun lamanya, andai jasa sekelumit cuma. Muhasabah tahun baru.”


            Lihat, pelbagai ‘status’ di ‘update’ di Facebook oleh sahabat-sahabat kita menjelangnya tahun baru, tahun 2012.


            “Cepatnya, dah masuk tahun 2012 dah.”


            “Kejapnya, dah petengahan tahun.”


            “Macam tak percaya je, dah nak habis tahun dah.”


            Dialog-dialog ini biasa kedengaran seiring beredarnya masa. Kehidupan manusia pula sangat berkait rapat dengannya. Jika dihitung setahun yang telah berlalu, kita telah pun menggunakan sebanyak 8760 jam. Percaya atau tidak? Percayalah. Sekiranya dilihat pada angka, ia merupakan satu jumlah yang banyak, namun berpijaklah di bumi nyata. Masa itu tersangat pantas sebenarnya. Buktinya? Kita sudah berada di tahun yang baru.


            Tahun baru. Azam baru. Itu yang terlintas di fikiran apabila memikirkan tentang tahun baru.


            Setuju atau tidak, jika dikatakan, perkara-perkara baru sering mempengaruhi diri kita? Mungkin beberapa contoh dapat membantu kita menentukan penyataan tersebut benar atau salah. “Saya baru je balik dari Kem Anak Soleh, saya nak jadi anak yang baik.” “Saya baru je beli rumah ini, saya akan pastikan ia sentiasa kemas.” Lihat, ‘baru’ sering menjadikan kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk melakukan sesuatu. Bolehkan hipotesis tersebut diterima? Ia sekadar pendapat, bak kata Dr. HM Tuah, tak wajib betul, harus salah.


            Jadi, apabila tahun baru menjelang, maka setiap orang mula memikirkan tentang azam. Ya, azam tahun baru. Asyik memikirkan tentang azam yang baru, sehingga kita terlupa mengenai azam kita di tahun yang lepas. Terlaksanakah? Gagalkah? Atau kita langsung lupa mengenai azam kita di awal tahun lepas? Atau kita langsung tidak ingat bahawa pada awal tahun lepas kita pernah berazam itu dan ini?


            “Buat apa fikir yang dah lepas, bukan boleh undur balik pun”, kata seorang sahabat. Benar kata-katanya. Kita takkan pernah dapat untuk kembali ke masa yang lalu. Namun, apabila kita memikirkan sesuatu perkara yang dah berlalu, kita ada pilihan, untuk apa kita mengenangkan perkara yang dah berlaku, sama ada kita hanya sekadar menyesali perkara yang telah terjadi atau kita menyesal dan mengambil iktibar untuk memperbaiki keadaan kita pada hari ini. Teringat pada kata-kata Billy Graham, ‘you can’t change the past, but you can change the future’.


            Justeru, tidak salah untuk kita sesekali menoleh ke belakang bagi mengambil ‘ibrah. Kita ingat kembali azam-azam kita dan fikir, adakah kita berjaya merealisasikannya? Jika berjaya, apakah yang kita lakukan untuk mencapainya? Sekiranya sebaliknya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita gagal menjadikannya kenyataan? Ya, kita ‘post-mortem’ diri kita sendiri.


            Azam tahun baru pula, jangan hanya berkobar-kobar di awal tahun baru. Pastikan setiap hari yang kita lalui, kita terus bermotivasi untuk mencapai apa yang kita inginkan. Untuk itu, bagaimana sekiranya kita berazam di setiap hari yang baru? Hari baru. Mungkin perkataan ‘baru’ di situ dapat memberikan impak pada kita, agar terus bersemangat untuk merealisasikan cita-cita kita. Sebelum kita lelapkan mata, kita fikir kembali azam-azam kita dan apa yang telah kita lakukan pada hari ini untuk mencapainya. Mana-mana perkara yang kita fikir ia seharusnya tidak lakukan, kita bertekad tidak akan melakukannya pada esok hari. Insya-Allah, esok akan menjadi hari yang lebih baik untuk kita.


Mengetahui tanpa kesedaran, sesuatu yang tidak bermakna. Sekadar menyedari, tanpa ada perancangan untuk sesuatu perubahan, tidak akan mengubah apa-apa. Perancangan yang tidak diiringi pelaksanaan hanya tinggal perancangan. Pelaksanaan akan menghasilkan kepuasan dengan istiqamah.


Rumah terbina dengan sebuah lakaran, seterusnya proses pembinaan untuk menjadikan ia benar-benar sebuah rumah.


            Renung-renung dan fikir-fikirkan.


“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka.

Kahwin :: Are You Ready Kids ?

Assalamualaikum.. :D


Semua orang duk berdiskusi pasal kahwin..
So saya nak bagi pendapat lar sket..
Sekadar pandangan, tak wajib betul, harus salah.. ^^,

Saya sendiri, kalau orang tanya...
Nak bina bait muslim tak?..nak...
Dah ada calon dah?..ada..
Mak ayah dah tahu (kedua2 belah pihak)?..dah..
Dah sedia?..em...(fikir panjang)..

Persediaan melangkah ke alam yang baru sebenarnya luas..
Bukan sekadar kena tahu masak, tahu kemas rumah..
Persediaan untuk jadi 'IBU CERDIK YANG SOLEHAH'..
Saya masih belum bersedia dari bab itu..

Satu buku yang saya baca..
Kalau tuntutan asas kita sebagai Muslim pun kita masih terkial2 nak melaksanakannya..
Itu bermakna kita masih belum bersedia nak kahwin..
Tuntutan2 asas tu antaranya solat 5 waktu dan lain2..
Tapi untuk kita saya tambah lagi 1 tuntutan asas..
MURAJA'AH QURAN..

Saya sendiri akui,
Saya masih belum boleh istiqamah muraja'ah mengikut target saya..
Kalau hidup saya sekarang ney, yang tak sibuk ngan apa2..
Just belajar, study, mutola'ah..
Pun masih belum boleh istiqamah capai target..
Nanti kalau dah kahwin macam mana?
Lebih2 kalau dah ada anak, macam mana?
Perkahwinan itu ada tanggungjawab..
Jadi macam mana, tanggungjawab yang sedia ada masih belum tertunai,
dah tambah satu tanggungjawab baru?? ^^,

Maksud saya di sini,
Sementara kita masih lapang..
Tanggungjawab tak terlalu banyak agy..
Kita sediakan diri kita untuk jadi ibu, bukan isteri..
Sebab seorang isteri takkan dipanggil ibu kalau tak ada anak..
Orang yang dipanggil ibu, mestilah seorang isteri kan??
Semua mesti nak cahaya mata..tul tak?? ^^,

So, sediakan diri kita nak jadi seorang ibu..
Kita cuba jadikan diri kita contoh terbaik untuk anak2 kita nanti..
Nak jadi contoh terbaik, kita kena check balik apa kekurangan diri..
Aplikasi terbaik, kalau ada adik2/anak saudara/sepupu yang kecik agy,
kita cuba layan dia dengan perasaan keibuan..
Satu sifat keibuan yang bagi saya tak ada orang boleh tandingi, SABAR..

Next,kita gunakan peluang ney untuk muraja'ah betul2..
Kalau boleh sebelum kita mendirikan rumah tangga..
Kita dah masyi betul2..
Tak yah tengok Quran pun kita boleh muraja'ah..
Sambil2 duk buat kerja2 rumah kita boleh baca..
Kan jimat masa tu.. :D

Saya juga nak sarankan 1 perkara..
Bila dah kahwin, cakap awal2 kat suami kita..
Kita ney haamilatul quran..
Mintak tolong dia ingatkan kita supaya muraja'ah..
Terangkan kat dia apa tanggungjawab kita sebagai haamilatul quran..
Kalau dia pun haamilul quran, lagi best..
Boleh muraja'ah sama2..

الله أعلم.
و بالله وفي سبيل الله.