Tuesday, 14 August 2012

tazkirah Ramadhan

bismillah. ^^,

assalamualaikum.

salam ramadhan buat sahabat2 yang dirindui selalu.

alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur untuk sama2 menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

kewajipan berpuasa telah dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 183…

“ wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

‘orang2 yang beriman’… sejauh mana kita beriman?

Allah berfirman dalam surah al-Anfal, ayat 2…

“sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat2 Allah kepada mereka bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal”.

Allah…

bergetarkah hati kita2 saat menyebut nama Allah?

bagaimana hati2 kita saat membaca atau mendengar ayat2 Allah?

ayuh sahabat2 !!!

jangan lepaskan peluang untuk kita sama2 koreksi diri. bilamana syaitan2 sudah ‘bercuti’ seketika, yang tinggal hanya hawa nafsu dalam diri, menjadikan bulan Ramadhan adalah bulan yang paling tepat untuk kita bermuhasabah. adakah selama ini diri kita sememangnya mudah tergoda dengan hasutan syaitan atau ia sememangnya merupakan hawa nafsu yang ada dalam diri kita? let’s check it out !!!

diceritakan, ketika Rasulullah S.A.W. menaiki tangga minbar, baginda menyebut ‘amin’ di setiap anak tangga, sebanyak tiga anak tangga. baginda ditanya mengenai hal itu lalu baginda menceritakan, ketika itu malaikat Jibril berdoa, lalu baginda mengaminkan doa tersebut. antara doa yang disebut oleh malaikat Jibril ialah, celakalah bagi orang yang melepasi bulan Ramadahan tanpa mendapat pengampunan. Allah… moga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

... [tukar topik]...

terbaca dalam majalah al-Ustaz tempoh hari.

“ala, kalau aku tutup aurat, tak ikhlas buat apa…”

seorang ustaz memberikan pendapatnya [maaf, tak ingat nama]

kalau kita tak tutup aurat, kita berdosa.

kalau kita tutup aurat walaupun kurang ikhlas, kita dah tak berdosa sebab tak tutup aurat.

kalau dalam soal aurat kita boleh kata tak nak tutup sebab tak ikhlas…

wajarkah kita tak nak solat sebab tak ikhlas? sedangkan kita tahu orang yang meninggalkan solat itu adalah orang yang meruntuhkan agama. sedangkan kita tahu beza orang Islam dan orang kafir ialah solat.

wajarkah kita berkata pada malaikat maut, nanti2 la ambil nyawa kita, tak ikhlas lagi nak mati? sedangkan kita tahu, Allah takkan awalkan atau lewatkan ajal seseorang itu walaupun sesaat jika sudah tiba masanya?

kalau kita betul2 menghayati bahawa kematian itu pasti…

kalau kita betul2 menghayati bahawa kematian itu bila2 akan terjadi tanpa kita ketahui…

apa yang kita tunggu lagi? mengapa kita tidak berlumba2 berbuat kebaikan dan memohon ampunan daripada Allah sepertimana yang Allah sebutkan dalam al-Quran? mengapa? mengapa? mengapa? adakah kita juga termasuk dalam golongan yang cintakan dunia namun takut dengan kematian? nauzubillah…

bukan soal aurat sahaja yang perlu kita perlu titikberatkan, bahkan setiap aspek dalam kehidupan kita perlu kita pastikan semuanya mengikut syariat Islam supaya kita benar2 mendapat redha Allah. jika kita benar2 pendamba mardhatillah dan pencari redha Allah, adakah jalan selain jalan Allah dalam menggapainya? fikir2kan…

tidak malukah kita, memohon itu dan ini dari Allah sedangkan lebih dosa dari taat yang kita hadiahkan buat-Nya?

tidak malukah kita, memohon itu dan ini dari Allah, sedangkan hak2 Allah tidak kita tunaikan?

tidak malukah kita, tidak pernah bersyukur dengan setiap senyuman yang terukir kerana mendapat nikmat Allah, namun sering menyalahkan Allah dengan setiap tangisan yang mengalir?

jangan, jangan, jangan…

jangan sampai kita menjadi golongan yang dilupakan Allah kerana kita melupakan Allah…

benar, tidak mudah untuk mendidik diri. apatah lagi dengan nafsu yang sudah terbiasa dengan segala kesenangan dan keseronokan. namun ingatlah, Allah tidak akan sia2kan usaha kita untuk mendapatkan redha-Nya, sekiranya kita benar2 bermujahadah di jalan-Nya.

ya Allah…
jadikan kami dari golongan orang yang bertaubat, jadikan kami dari golongan orang2 yang ikhlas melakukan ketaatan kepada-Mu, jadikan kami dari golongon hamba2-Mu yang soleh…

sekian tazkirah Ramadhan pada kali ini. maafkan saya andai terkasar bahasa, mengguris rasa. hanya sekadar peringatan buat diri terutamanya dan sahabat2 sekalian. moga Allah redha.

kerana sayang pada kalian, aku menukilkan ini…

 alhamdulillah. ^^,

apa khabar al-Quran di dadamu?

bismillah. ^^,

assalamualaikum.

hope semua2 sihat2 belaka di samping sibuk memburu Lailatul Qadr di penghujung Ramadhan ney.

hari ney, genap 3 tahun saya khatam hafaz Quran. sejujurnya, sangat2 tidak layak nak pegang title ‘hafizah’ ney dan sangat2 tak suka kalau orang cakap saya hafizah. realiti diri saya memang failed nak dapat title tu. Quran bukannya masyi, perangai bukannya elok sangat. positif2, kata2 tu kan doa.

bertanya pada diri sendiri, berapa juzu’ yang betul2 cair dalam kepala. aduh… terdiam terkedu tak terkata.

“ ala, bukannya tak usaha nak jaga Quran tu “.

“ kalau nampak usaha tu tak membuahkan hasil yang kita nak, tu maknanya kena usaha lebih lagi la tu “.

ya, usaha perlu di’square’kan atau mungkin di’cube’kan.

memang, duduk dalam suasana yang bukan suasana Quran amat payah. contoh, kita niat nak mengaji tetapi bila tengok kawan2 enjoy je buat itu buat ini, kita pun rasa nak join sekali. selalu kalau saya duk musolla, saya mengaji. pastu akan ada orang tanya, “ ambik tilawah ke? “. point kat sini bukan la nak cakap saya rajin mengulang tapi betapa suasana Quran tu kurang. saya rasa nak cakap je, “ kenapa, mengaji time ambik tilawah je ke? mengaji time bulan Ramadhan je ke? “.

tu la orang kata, kita yang kena bina suasana. jangan kita terpengaruh dengan suasana. kita tak sama dengan orang. bukan la nak kata kita ney hebat. tapi, kita ada kewajipan lain yang tak semua orang ada. tak nak bagi rasa terbeban dengan kewajipan tu, anggap la kita ney special. kan Ustaz Amin selalu cakap, kita ney orang2 yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kalam-Nya.

Allah… rindunya sekolah. rasa menyesal pun ada sebab nasihat2 ustaz ustazah dulu2, endah tak endah je. tapi sekarang baru rasa, “ betul apa yang ustaz cakap dulu “. tapi tu la kan, lagi tak kena batang hidung sendiri, susah nak percaya cakap orang. aduhai…

fikir2 lagi, rasa macam… teruknya aku !!! bila Allah pilih kita untuk jaga kalam Dia, sebenarnya Allah buka banyak pintu kebaikan untuk kita. terutamanya cara hidup kita. kalau buat pelik2 sikit, mesti orang kata, “ budak hafaz Quran, macam ney ke? “. bukan la nak kata kita jaga cara hidup kita sebab takut orang mengata kat kita, tapi kalau kita betul2 sedar hakikat diri kita ney, mesti kita akan sedaya upaya jaga diri kita dari buat dosa. 1 dosa, 1 titik hitam kat hati. makin banyak, makin gelap hati kita. kalau ilmu pun susah kalau kita banyak buat dosa, apatah lagi Quran, ya tak?

banyaknya benda yang perlu diperbaiki. macam mana nak didik orang kalau diri sendiri pun masih belum terdidik? bukan la nak kata dah sempurna baru boleh tegur orang itu ini. tapi macam mana kalau kita pun masih belum berjaya mendidik diri untuk tidak tunduk pada nafsu? anak2 kita macam mana nanti? bila tengok gaya hidup kita macam tu, probability untuk dia ikut tu terlalu tinggi? berjayakah kita sebagai seorang ibu? tegasnya di sini… saya belum bersedia untuk itu.

dah melalut ke mana2. tapi begitulah keadaannya kalau kita muhasabah. dari satu perkara, pergi kepada perkara lain. masa tu kita akan sedar reality diri kita, hakikat sebenar hati kita. walaupun kita tak nampak keadaan hati kita, tapi boleh la nak bajet2 kalau kita ingat balik perbuatan2 kita.

semoga kita semua akan menjadi lebih baik dari hari ke hari, insya-Allah. harapnya, kita semua akan ada jawapan yang lebih baik dari tahun ke tahun kalau kita ditanya, “ apa khabar Quran dalam hati kita? ”. ya Allah, ampunkan dosa2 kami, ampunkan kelalaian kami, ampunkan keterlanjuran kami.

sayonara.

alhamdulillah. ^^,

Sunday, 5 August 2012

ukhuwah kita



 


Assalamu'alaikum adik kakakku sekalian..lahir lewat sebulan tetap kakak eh :p lahir awal tak perlu sensored!! eh eh eh nak syok lagi muda jugak ekau ye ngee~

salam Ramadhan kareem akhawati :)

awak, dah 19 tahun kita jumpe Ramadhan kan? 'si dia' yang macam vvip! berada di satu majlis, 'dia' lah yang dilayan se'special'nye..

Hargailah ia!
Jangan biarkan ia pergi dengan sia-sia.
Diwajibkan puasa, la'alakum tattaqun.
Agar kamu bertaqwa.
Ya, moga kita keluar dari madrasah ramadhan ini,
Dengan lebih bertaqwa.
iAllah.
Yokk, jom!

Alhamdulillah..ya Allah, dan sampaikan kami dalam Ramadhan seterusnya

#Quoted * Ramadhan is like a friend. You have seen her today, you might not see her again*

Rindu dia dan dia!
Ustaz kata, kamu nak bersahabat biarlah sampai ke syurga!

Tak paham ustaz. Sampai ke syurga tuh macam mane??????????????

Bila mana kamu mengasihinya kerana ALLAH!

Errr.. ustaz?? ==”

Boleh jadi satu masa kamu dalam kondisi ‘tersedar’, jangan pernah kamu tinggalkan sahabatmu yang ‘terlalai’..kiranya kamu kasih kepadanya fillahi ta’ala. Nanti di akhirat biar kamu berpimpin tangan dengannya..menuju ke syurga insyaAllah

Allah, indahnyaaaaaaaa!!jadikan kami orang-orang yang sentiasa ‘sedar’..aaminn

Sahabat-sahabatku
Aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu untuk mengingatkanmu, maka ingatkan aku jua pada saat aku lemah..

Ingat tak??ustaz pernah pesan kat kita:
1)      Sehari kamu tinggal Al-Quran, seminggu dia akan tinggalkan kamu! Maka sebulan, setahun ,.......................... ?? huhu...muraja’ah3
2)      Bila besar nanti, taburkanlah mutiara-mutiara ilmu yang kamu dapat untuk ummah di sekelilingmu. Biar kamu berjemaah, maka insyaAllah kamu kuat. Ya, berbakti untuk saham yang tak ternilai di sisi Allah !
3)      Jaga ikhtilat (pergaulan) kamu antara banin dan banat..maka dahulukanlah cinta Allah dan RasulNya :)
4)      Pakailah pakaian yang menutup aurat. Biar sempurna. Hiraukan pandangan mereka dan mereka, dahulukan pandangan-Nya ^^

Semoga kita kuat .ya!
Hidup ini cuma persinggahan
Dunia sebagai jambatan, akhirat sebagai matlamat
Berjuanglah sebagai syabab-syabab imtiaz yang hebat
Mungkin bukan dengan pedang, tapi dengan akhlak
Sebagai Hifzul Quran
Untuk menggahkan dunia
Sama-sama kita mencari mardhotillah..Allahuakbar3x

Maaf jika ada yang terasa, sesungguhnya diri ini juga amat ‘terasa’. Moga Dia memberi izin untuk kita sentiasa ‘terasa’. Bergelar sebagai ‘hifzul Quran’ ini tak dapat tidak kita harus terima. Mungkin kita pernah merasa ini bukan jalan yang dipilih. Sekali kita menjejakkan kaki, maka teruskanlah melangkah. Jangan menyesal! Allah tahu kita mampu. insyaAllah 

'orang-orang yang berubah ke arah kebaikan itu boleh jadi lebih baik orang-orang yang sedia baik'
iman turun dan naik,kena topup sokmo! peace..uhibbukum fillah :) insyaAllah 

*salam Ramadhan deh. rindu nok berebut ayam mase berbuka kat dewan makan dulu  ^______^