Saturday, 24 September 2011

أشهد ان لآ اله الا الله

Assalamualaikum.. :)

Apa khabar sahabat2 sekalian?
Semoga kalian sihat wal afiat sentiasa..
Serta dinaungi rahmat ALLAH sentiasa..
Ada beza sihat dan afiat tu..cari lar,ye... :)

Apa khabar hati?
Apa khabar iman?
Jawablah sejujurnya dalam diri masing2..


Jom tengok ayat Quran ney..

يأيها الناس أنتم الفقرآء إلى الله

Maksud : Wahai manusia,kamulah yang memerlukan ALLAH..

Jom kita sama-sama fikir jap..
Siapalah kita tanpa ALLAH..
Semua yang kita ada hanyalah pinjaman ALLAH..
Nikmat yang kecapi adalah dengan izin ALLAH..
Hatta anggota tubuh badan kita pun milik ALLAH..

Setuju tak kalau saya kata,
Tanpa ALLAH..kita tak ada apa-apa...

Kalian mampu baca apa yang saya taip ney..
Kerana ALLAH memberikan tangan dan jari-jemari kepada saya..
Serta mengizinkan saya menggerakkannya untuk menaip post ney..
Dan kerana ALLAH memberikan mata kepada kita semua..
Serta mengizinkan kita melihat..

Cuba kalian duduk sejenak dan berfikir..
Ya,kita tahu semua yang berlaku adalah dari ALLAH..
Jua dengan izin-NYA..
Tapi adakalanya kita terlupa..kita lalai..(termasuk saya)

Jadi..saya nak ajak kalian semua..
Kita renung balik diri kita..
Siapa aku kalau ALLAH tak bagi apa yang aku ada sekarang?
Jawapan yang akan kita dapat,
AKU BUKAN SESIAPA TANPA ALLAH..

Kita dah dapat banyak nikmat..
Memang kalau kita nak hitung nikmat yang ALLAH bagi kat kita,
Tak akan pernah habis kalau kita senaraikan..
Kita tahu betapa banyaknya nikmat ALLAH..
Tapi adakalanya kita terlupa..kita lalai..(termasuk saya)

Justeru..saya nak ajak kalian semua..
Bersabar dengan segala bentuk ujian yang ALLAH bagi kat kita..
Nikmat ALLAH dah terlalu banyak kita dapat..
Layakkah kita mengeluh andai...
1000 nikmat : 1 ujian?

Dan kita juga kena ingat,
Ujian ALLAH bukan dalam bentuk kesusahan je..
Dalam kesusahan yang ALLAH bagi ada ujian..
Ujian di mana ALLAH ingin melihat sejauh mana kita bersabar..
Dalam kesenangan yang ALLAH bagi ada ujian..
Ujian di mana ALLAH ingin melihat sejauh mana kita bersyukur..
Dan hidup ini adalah untuk bersyukur~

Rasanya..setakat ini je kot post kali ney..
Dan saya mohon sangat2 dari kalian semua..
Andai saya terlalai..andai saya terjatuh..andai saya tersungkur..
Katakanlah pada saya apa yang pernah saya katakan pada kalian..
Kerana saya tidak ingin menjadi orang yang tidak mengerjakan apa yang dikatakannya..

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون
كبر مقتا عند االه أن تقولوا ما لا تفعلون

Maksud : Wahai orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa ynag yidak kamu kerjakan?
(itu) sangat dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan..

Kerana memang fitrah manusia itu pelupa..
Maka manusia itu perlu pada peringatan..
Justeru marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain..
Agara kita menjadi orang yang sentiasa beringat..
Semoga kita semua dapat teguh di jalan ALLAH..
Insya ALLAH..

Jaga diri baik2 ya,kalian...
Semoga ALLAH melindungi kalian dari sebarang keburukan dan kemaksiatan..
Dan memanjangkan umur kalian dalam kebaikan..
Serta memberikan kalian kejayaan di dunia dan akhirat..
Insya ALLAH..

~maaf andai tersilap bicara..

#SSA*dhahiyatularab#

Friday, 23 September 2011

Dosa berkecil hati

Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

#copypaste*dhahiyatularab#

Wednesday, 21 September 2011

Tinta buat wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi 

dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, 
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. 
semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

#copypaste*dhahiyatularab#

أسف جدا يا صحابتي


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Saat Terakhir- ST12*

 Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik.
Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu.
Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih.
Maaf juga, mungkin selama ini ade bicaraku yang pedih.
Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami.
Maaf aku hanya hamba yang  biasa.
kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku 
padamu dikesempatan yang ada.
Moga Allah selalu menyayangimu kerana siapa pun kamu,
kamu itu sahabatku.

#NMS*dhahiyatularab#


Tuesday, 20 September 2011

Al-Quran itu Amanah Kita

Bile citer pasal Quran ney..

Roomate dari salah seorang kami pernah tanya,,
'Awak dari imtiaz,,habis 30 juzu' ke hafal??'..
'Alhamdulillah..kenapa??'..saya tanya balik..
'Saya kagum lar dengan orang yang boleh hafaz 30 juzu'..
dulu saya selalu fikir,,benda tu mustahil..' tu dye jawab..
Saya??..x terkata apa..

Tak kesah lar,,berapa juzu' pun kita dah hafal..
Yang penting,,sentiasa muraja'ah yang kita dah hafal..
Mungkin kat sekolah dulu,,kite boleh muraja'ah banyak-banyak..
Time kat rumah,,kite boleh muraja'ah agy walaupun mungkin kurang sket..
Mungkin sebab mak ayah kita selalu tanya,,dah muraja'ah lum hari ney??..
Ust Man ada kate masa saya gi sekolah hari tu,,
Bile kita pergi ke tempat yang tak de suasana Quran,,
Kita akan rasa susah,,susah yang teramat sangat..
Izan,,jadikan diri kita sebagai orang yang hidupkan suasana Quran kat situ..

Ust Man kate,,muraja'ah tak semestinya kita baca tanpa tengok..
Kita baca tengok pun,,kira muraja'ah..
Mungkin sekarang semua sibuk ngan study,,kurang mase nak hafal balik..
Tak pe..ustaz kate,,asal dalam sehari kita jangan tinggal Quran..
Dan,,kalau boleh,,tetapkan target yang sesuai dengan kemampuan kita..

Rasanya,,ney je kot yang kami nak tulis..
Ney sekadar perkongsian dengan awak-awak sume..
Mane yang kurang,,adalah kelemahan kami..
kami insan yang lemah,,masih tercari-cari......

"Do they not then earnestly seek to understand the Quran,
or are their hearts locked up by them?"
"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran?
Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup
(yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"

Surah Muhammad verse 24. :'|


#SSA*dhahiyatularab#

Sedikit Coretan Buat Sahabat Dhahiyatul

Assalamualaikum.. :)

Hype..how are you..my friendS??
Hope..semua sihat lar ye..rohani dan jasmani..
Insya ALLAH..

Saya tak nak mengkhianati ilmu yg saya ada..
Saya tak nak berlaku zalim pada awak semua..

Macam mana nak start ye?

Secara generalnya..jom kita sama-sama muhasabah kejap..
Adakah semua aspek dalam kehidupan kita based kepada Al-Quran & Sunnah?

Contohnya..dari segi pakaian (ney apa yg saya nampak)..
Semua dah tahu macam mana style pakaian masing-masing..
Semua dah tahu macam mana cara pakaian muslimah yang sebetulnya..
Jadi..tak perlu saya terangkan di sini..

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر~

Mesti ingat lagi kan..maksud ayat kat atas..

-Ilmu tanpe amal ibarat pohon tanpa buah-
Renungkanlah...

Nak memulakan satu langkah ke arah perubahan..memang susah..
Tapi andainya timbul kesedaran dalam diri..jangan bertangguh lagi..

Ingatlah..
Kita tak akan berjalan kalau kaki kita tak melangkah..
Kita tak akan berubah kalau kita tak melakukan perubahan..
Dan segalanya...dengan izin ALLAh jua...

Jom sama2 mengislahkan diri dalam segala aspek kehidupan kita...
Ayuh bermuhasabah setiap hari agar esok sentiasa lebih baik dari hari ini..

فاستقم كما أمرت~
~wallahu a'lam.. :)

#SSA*dhahiyatularab#

Why Do We Read Quran ?

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is a beautiful story.

... An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You'll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it's useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. 
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. 
Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. 
Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang 
al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri 
"Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"

#copypaste*dhahiyatularab#