Thursday, 21 March 2013

lagi, lagi & lagi



Assalamualaikum. ^^,

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

alhamdulillah atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.

“dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya”, 14 : 34

* * * * *
“seriusnya awak cakap pasal kahwin.”

“mesti la. saya rasa, siapa yang main-main dalam soal kahwin macam tak betul je.”

^ ^ ^ ^ ^
(ehem, mesti rasa saya nak cakap pasal kahwin, kan?) :P

sekadar satu perkongsian.

saya terfikir,

jika hari ini, bacaan al-Quran kita masih di tahap yang lemah, bagaimana kita mahu mengajarkannya kepada anak-anak kita suatu hari nanti?

jika hari ini, kita tidak melazimi untuk mebaca al-Quran  setiap hari, bagaimana pula keadaannya setelah kita berkeluarga nanti yang pastinya menuntut lebih komitmen daripada kita? apatah lagi kita yang berstatus penghafaz al-Quran?

mahukah kita, rumah kita sunyi dari bacaan al-Quran penghuni-penghuninya?

mahukah kita, anak-anak kita masih lagi merangkak-rangkak semasa membaca al-Quran meskipun sudah berusia 20 tahun?

ini peranan kita,
wahai bakal ibu cerdik yang solehah sekalian!

saya sejujurnya,
sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan,
Anuar bin Razali sebagai abah saya,
Aminah binti Abdul Manan sebagai mama saya,
kerana merekalah insan yang pertama mengenalkan saya,
dengan huruf-huruf al-Quran dan hukum-hukum tajwidnya,
meski mereka tidak bergelar ustaz dan ustazah!

dan segalanya bermula dengan diri kita,
hari ini.

dan saya rasa ini komponen penting,
buat kita yang bakal bergelar,
ibu cerdik yang solehah. ^^,
-in-sha-Allah-

sekian,
sayonara.

Tuesday, 12 March 2013

SEMBUHKAN HATI KITA..


SEMBUHKAN HATI KITA..
        Hati yang tidak dididik & diasuh dengan cermat akan mudah luntur & cair dengan pujuk rayu nafsu & syaitan.. Hati yang lemah iman akan senang & amat mudah untuk dipengaruhi.. Hati yang lalai akan sentiasa berada dalam keadaan alpa andai tiada bimbingan tarbiyah & tazkirah.. Hati yang penuh dengan calitan hitam tidak akan sedar dosa yang dilakukannya.. Baginya, dosa yang dilakukannya itu adalah perkara biasa..
          Hati perlu disiram dengan akhlak yang murni seperti rendah diri agar tidak timbul perasaan riak & bangga diri & menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati..
          Firman Allah yang bermaksud : “Orang mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…..” (Surah Al-Anfal : 2)..
          Hati memerlukan sifat malu.. Malu untuk melakukan maksiat & kejahatan padaNya.. Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milikNya.. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjamanNya ini… Tak malukah kita???
          Rasulullah bersabda : “…..Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging.. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya.. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya.. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati..” (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)..
          Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaranNya, mentaati segala perintahNya & menjauhi serta menghindari laranganNya.. Hati yang baik sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam,  benci, riak & takbur serta bangga diri..
          Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi & dikuasai sepenuhnya oleh nafsu &syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haram.. Hati yang rosak sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung & bertasbih padaNya..
          Jangan cederakan hati dengan luka-luka dosa & noda.. jangan parahkan ia dengan kesakitan & kesengsaraan jiwa.. jangan rosakkan ia dengan perbuatan maksiat & kejahatan.. Mujahadahlah!!! Kerana selagi denyut nafas masih bernadi, syaitan & nafsu akan sentiasa menjadi musuh utama kita yang tersembunyi.. Mujahadah memang payah & pahit kerana Syurga sememangnya indah & manis..
          Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya.. Bersyukurlah atas pinjamanNya yang amat berharga ini.. Hargailah & manfaatkan sebaiknya.. Jangan membutakan hati kita dengan keasyikan duniawi semata-mata.. Jaga & pelihara hati agar kita boleh memperoleh haruman Syurga di sana nanti… InsyaAllah