pergh!!!!satu soalan yang mantap,,menggegarkan seluruh jiwa batinku..rasa ingin mengkaji lg apa erti malu itu..
'' anakku sayang,,
malu itu sebenarnya sebuah kemuliaan kepada sesiapa yang memilikinya...satu keindahan yang sememangnya ada dalam diri kita sebagai muslimah...kenapa ummi cakap camtu??..sebabnya sayang...malu itu sebenarnya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam..malu itu juga sifat yang wajib ada bagi seorang yang beriman dan bertaqwa kepadanya...malu ini juga menjadi refleksi kepada keimanan seseorang sayang...nak tengok sejauh mana keimanan seseorang tu..tengoklah sebesar mana sifat malunya..
ustazah selalu pesan dulu...kita kena ada rasa malu untuk buat maksiat...dunia hari ini sangat ramai yang bercium di khalayak ramai, berpeluk, bertelanjang tanpa rasa malu apatah lagi yang berzina dan membuang bayi-bayi tidak bersalah...sangat sedih bila difikirkan balik...di mana rasa malu kita kepada Allah.???..._renung-renungkan...
sebagai muslimah yang disayangi Allah,,kuatkan keyakinan dan kekuatanmu untuk menjaga perasaan malu itu sebaiknya..dengan perkataan malu,,segala tutur bicara kita,kita akan jaga..tingkah laku kita,,kita akan pelihara...semuanya akan berlaku sejajar dengan sifat malu itu..:)
Abu Hurairah ra mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
'' Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya,,dan MALU adalah sebahagian dari cabang iman..''
(sahih bukhari)
Riwayat Imran bin Husaini menyebutkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
'' Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.."
(sahih muslim)
Hadis riwayat Ummu Salamah, dia berkata :
Ummu Sulaim datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata :
" Wahai Rasulullah,sesungguhnya Allah itu tidak malu melihat kepada kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi.?? Rasulullah bersabda : Ya, apabila ia melihat air (mani).
Ummi Sulaim berkata lagi : Wahai Rasullulah,apakan wanita juga bermimpi..??
Baginda bersabda : beruntunglah dikau (kalu tidak demikian),
dari mana anaknya mirip dengannya..
(sahih muslim)
Saidina Ali pun mempunyai rasa malu yang tinggi. Tapi rasa malu cendiakawan ini tidak menghalang mereka untuk menyatakan kebenaran. Jadi anakku,, ummi nak pesan..." peliharalah rasa malu yang kita miliki..miliki rasa malu, sesungguhnya ia baik..tapi jangan lupa letakkan malu hanya ditempat sewajarnya sayang..contohnya semasa berbicara dengan lelai ajnabi.."
setakat ini sahaja coretan ummi untuk anak ummi yang disayangi ni..apapun jua.ummi sayang semua anak-anak ummi...:)
@_@ pergh,,,mantap..Ya Rabbi,,jadikan kami insan yang memiliki rasa malu..!!sekian..